.

Cekal Lyrics

Hayati ini aku bentang kan satu cerita
Kisah manusia insan sejagad punya alkisah
Pelbagai ragam kerana hidup pura-pura
Bagaikan tiada ketulusan kejarkan kemajuan
Siapalah antara kita sanggup membela
Perbalahan penipuan atas kebenaran
Memohon simpati tagih janji buka kan mata hati
Pada wajah-wajah seiringan haluan perjalanan ini

Oh...oh...sukarnya aku mengerti
Hidup penuh ranjau duri
Pilu rasa dihati
Oh...oh...bilakah datang menjelma
Penawar kedamaian ini
Pasti ia muncul kembali

Usah disangsi jalan yang bakal engkau lalui
Mungkin ada benarnya di sebalik kesilapan
Walau ada saki baki yang kurang senang hati
Harus diteruskan dengan semangat cekal dihati

Lagu : Izo XPDC
Lirik : Ayang & Mael XPDC
Report lyrics