.

Toyol Lyrics

toyol dia datang padaku berlari-lari
tolong ke mana ku kan pergi
toyol kenapa pula aku yang engkau cari
tolong rupanya hodoh huwah huwah huwah
kepala botak matanya terbeliak
giginya bertaring merata-rata
ee seramnya k**elihat rupanya
melambai-melambai ketawa pula

apa yang kau mahu datang kepadaku
aku sudah tahu asal usulmu
wahai toyol jangan ganggu

badannya montel comel perutnya buncit
terkedek-terkedek tertonggek-tonggek
eee tajamnya taring dan juga kuku
mencari mencari jari kaki ku

apa yang kau mahu datang kepadaku
aku sudah tahu asal usulmu
wahai toyol jangan ganggu

padamu toyol
sebenarnya ku tak rasa takut
sengaja aku bersembunyi
mengeletarkan lutut
pergilah toyol
jangan ganggu
manalah ada duit di saku
mana, mana, mana ada

toyol dia datang padaku berlari-lari
tolong ke mana ku kan pergi
toyol kenapa pula aku yang engkau cari
tolong rupanya hodoh huwah huwah huwah
kakinya kontot tapi larinya kencang
menghambat menghambat dari belakang
ee kuat tulang buku limanya
menhentam menghentam sakit kepala

apa yang kau mahu datang kepadaku
aku sudah tahu asal usulmu
wahai toyol jangan ganggu

tiba-tiba aku rasa sakit di kepala
ku terjatuh dari katilku sungguh besar benjolnya
rupa-rupanya ku bermimpi
tidur tadi aku tak basuh kaki
mimpi, mimpi c**a mimpi

toyol jika kau datang lagi ke dalam mimpi
aku ajar engkau menari
toyol jika kau ada lagi di zaman ini
aku ajar engkau menyanyi
Report lyrics
Perasaan (1979)
Ku Ingin Bersama Mat Disko Kerana Kau (Ku Kemari) Usah Gerimis Di Lautan Untuk Selamanya Senja Berulang Senja Engkau Segalanya Toyol Seniman Tua Air Mata Kasih Anak Dunia