.

a***ogi 0.1 Lyrics

Si dara bukan menangis kerana Krakatau
Tapi kerana bawang dihiris malam pengantin
Si uda bukan merintih kerana petaka
Tapi kerana lagu digema pagi merdeka
Merah warna kuntum penyeri mata
Akan hilang seri dan erti tanpa cahaya
Cinta jadi perdu hidup sempurna
Akan hilang bekas dan makna tanpa belaian

Siapa harus hulurkan bunga rampai cinta
Di tangan insan yang hilang
Kasih sayang sangat diperlu
Bagai kehidupan memerlukan air dan api
[solo]

Merah warna kuntum penyeri mata
Akan hilang seri dan erti tanpa cahaya
Cinta jadi perdu hidup sempurna
Akan hilang bekas dan makna tanpa belaian

Siapa harus hulurkan bunga rampai cinta
Di tangan insan yang hilang
Kasih sayang sangat diperlu
Bagai kehidupan memerlukan,
Siapa harus hulurkan bunga rampai cinta
Di tangan insan yang hilang
Kasih sayang sangat diperlu
Bagai kehidupan memerlukan air dan api

Air dan api
Air dan api
Air dan api
Air dan api
Report lyrics