.

Langkah Laksamana Lyrics

pantang laksamana berbalik belakang,
bercawat ekor dalam gelanggang,
berani tidak membilang lawan,
matiku pun tidak dihina orang
(Hidup Laksamana!)x2

Chorus
Mawar Berduri-
Hoi*(soft), mari dipakai kain selempang panjang,
sisipkan keris berbaring terlentang,
si hari bulan siTanjanag songsang,
bagaikan ayam berkokok lantang berdendang,

Pantang lelaki diuji-uji,
Pantang wanita dicuba-cuba,
jangan berani mengharap upah,
langkah bagai dibilang,
lenggang bagai ditatah.

Tukang Kata-
Kuseru namamu Laksamana,
Ku pasang kuda-kuda berserta bunga silat mahaguru
gempit darah gemaku, jari-jariku,
menghunus keris berliku.

Selagi air ke hilir,
selama gagak berbulu hitam,

Berani mencencang terpotong tangan,
berani berjuang, banyak melintang,
mesti dihadang.
Cis pantang melayu bermati adat,
rela melayu anak dilahad,
berani dikerat, tahan di kepat,
nafas tersentak, tidak disayang-sayang,
umur sejemput tidak ditimang-timang,

Chorus
Mawar Berduri-
Hoi*(soft), mari dipakai kain selempang panjang,
sisipkan keris berbaring terlentang,
berlari bulat siTanjanag songsang,
bagaikan ayam berkokok lantang berdendang,

Ahli Fiqir-
Bila hujung lidah dilelangit,
mata dipejam, mudah-mudahan dapat diberi lihat seluruh alam,
bacaan dihati, minta hajat dipenuhi, kaki memijak b**i,
bagai kilat senja,bagai petir tunggal,
jangan cuba menghampiri walaupun sejengkal,
terkena laksamana bukan kerana kuat melawan,
tapi terkena laksamana kerana kuat menahan,(Tuah!)
langkah laksamana bergerak dengan bijak,
bukan dengan terdesak-desak,(Tuah!)
langkah laksamana tak mudah digertak,
tak akan berganjak, tak mudah memberontak,(Tuah!)
langkah laksamana walau diasak, pandai mengelak,
tetap berdiri tegak (Tuah!),
Langkah laksamana yang utama membela nusa dan bangsa
sampai ke akhir nyawa.
Chorus
Mawar Berduri-
Hoi*(soft), mari dipakai kain selempang panjang,
sisipkan keris berbaring terlentang,
berlari bulat siTanjanag songsang,
bagaikan ayam berkokok lantang berdendang,

Jangan dikejutkan yang sedang tidur,
jangan diseru semangat Tuah,
jangan dibangkitkan yang dalam kubur,
silap celaka membawa padah,

(Hidup Laksamana!)x6

by:sallehudinayub
Report lyrics
Rap Untuk Rakyat (2007)
Rap Untuk Rakyat Selamat Datang ke Industri Muzik Kawan 2x5 Beruk Indung Ikut Rentak Langkah Laksamana Dia Datang Kelentong Tiada Yang Kekal